Sunday, May 20, 2007

AL-HAMDULILLAH & TERIMA KASIH :-)

Mila juara AF5
Oleh Zubir Mohd Yunos

KUALA LUMPUR: Seperti diramalkan media dan peminat sebelum ini, Norsyarmilla Jirin, 19, atau Mila memecah tradisi apabila menjadi penyanyi wanita pertama dinobatkan sebagai juara program TV realiti popular, Akademi Fantasia (AF) pada konsert akhir AF5 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Mila yang menyanyikan lagu Persis Mutiara (Ajai/Loloq) dan Cinta Pura-Pura (Ezlynn) bukan saja berjaya memukau penonton, malah keempat-empat pengkritik iaitu Fauziah Latiff, Hattan, Ogy Ahmad Daud dan Mamat Khalid turut kagum dan memuji persembahannya pada konsert akhir itu.Empat pelajar lain dilihat sukar untuk menandingi kemantapan vokal Mila sehingga membolehkannya menerima empat lampu biru daripada pengkritik terbabit setiap kali mengakhiri persembahan.

Pelajar berasal dari Pulau Pinang itu menerima hadiah bernilai hampir RM400,000 termasuk sebuah kondominium di A’Famosa Resort, Melaka (RM278,900), Toyota Vios (RM84,489) sumbangan UMW Toyota Sdn Bhd, pakej percutian ke Gold Coast, Australia (RM6,388) sumbangan Power Root, sjil simpanan premium (RM10,000) sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan wang tunai RM20,000 sumbangan Hot Link berserta trofi AF5.

Semua hadiah disampaikan Pengetua dan Pengarah Muzik AF5, Roslan Aziz. Konsert akhir AF5 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan radio Era. Konsert akhir AF5 malam tadi juga menyaksikan kemunculan terakhir Aznil Nawawi sebagai pengacara AF.
~~~
Salaam utk semua peng-afundi Mila..
Alhamdulilah. Ini semua rezeki dari Allah melalui afundi anda semua & berkat usaha gigih Mila yg tak berkesudahan. Tiada apa yg mampu Mila ucapkan utk waktu ini, cuma ucapan

TERIMA KASIH

utk kamu semua :-)

9 comments:

SpidEy d'lEfty said...

Finally a QUEEN of AF is born!!! Tahniah Mila tahniah tahniah.. dah lame tak tengok performance yg buleh manaikkan bulu roma -- Great performance esp CINTA PURA-PURA..WOW!!


Spider

Anonymous said...

sama-sama MILA, tahniah and all the best to you... sayang ayah mak n be yourself. loves mamachik.

Anonymous said...

mila jgn lupe diri n alwiz jge peribadi...as ikon 4 af5 then juara wanita pertama kne alwiz beware ngn org2 yg dengki nk jatuhkn mila..go gurl!!

Anonymous said...

hmm mila.. tahniah..
tu je yg nak ckp..
pandai2 a bawa diri nanti k..
wish u r gewd luck!!

Anonymous said...

sama-sama MILA...

Tahniah MILA....am so proud of you..u were awesome!! MILA Persis Mutiara...
MILA jgn lupa asal usul dan motif MILA masuk af ok...jaga diri & tingkah laku selalu ok...

You Go Girl! Sayang MILA

Anonymous said...

CAYALAH MILA.....

Anonymous said...

MILA INGAT JAGA DIRI JAGA PERIBADI....ITU PENTING K....GOD LUCK

Anonymous said...

Congratulations MILA!
Stay humble..stay cute..stay healthy!

gto_girlz83

Hudd Pique Lovato said...

Congratulations MILA!


http://hudd-dot-ctot.blogspot.com




!!